JellyPages.com

Thursday, 29 January 2015

BERITA KAMPUS USM 1


ISNIN 29 SEPTEMBER 2014-JILID 44 BIL 1

Hai.Selamat pagi.Saya akan selalu update tentang Universiti Sains Malaysia,tempat belajar saya kepada umum. post dalam bentuk poin poin untuk memastikan 100% penerimaan.Teruskan  membaca,sebarkan ilmu untuk pengetahuan anda!!


Keselamatan kampus tanggungjawab bersama


Tahap keselamatan siswa-siswi dalam kampus menjadi tanggungjawab yang penting untuk semua orang.Pihak Jabtan Keselamatan dan Jabatan Kebajikan dan Kesejahteraan Siswa Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) memainkan peranan untuk menjaga keselamatan siswa siswi terutamanya pada waktu malam.


Ketua Jabatan Kebajikan dan Kesejahteraan Siswa MPP Zhameir Shafiq Mohd Ilias berkata pihaknya cuba untuk berjumpa dengan pihak Jabatan Keselamatan setiap dua minggu bermula pada bulan Oktober untuk berbincang mengenai keselamatan siswa siswi.


"Kami cuba membuat kerjasama dengan setiap jabatan di USM antaranya menjalinkan hubungan dua hal antara kakitangan,penggawa,dan Jabatan Keselamatan USM untuk memudahkan siswa sisiwi",katanya kepada wartawan Berita Kampus.


Menurutnya lagi,Jabatan keselamatan sering melakukan sekatan jalan dalam kampus untuk membuat pemeriksaan pelekat kenderaan,lesen,cukai jalan dan kad matrik terhadap pengguna kenderaan sejak awal semester.


Perpustakaan USM laksana sistem baru pencarian maklumat


- Seluruh rangkaian Perpustakaan USM menggunakan sistem Koha.

-merupakan sumber terbuka dan sistem perpustakaan bersepadu (ILS)
-Menurut Timbalan Pustakawan USM,Mohd Nasir Hj Md Rashid,sistem terbuka lebih jimat
-Sistem Koha berjaya kurangkan kos penyelenggaraan kepada kadar sifar berbanding sistem Krisalis dahulu.
-Sistem Koha memudahkan pencarian jurnal dan buku buku rujukan.
-Penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem Koha telah diselaraskan.
-USM telah memenangi Anugerah Kajian Kes Perisian Sumber Terbuka Kebangsaan dalam acara tahunan Mygoscon 2009.

Jangan sia-siakan peluang belajar di USM


-lebih 21,000 orang memohon untuk melanjutkan pelajaran di USM pada sesi 2014/2015.
-hanya 4,083 orang sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran di USM.
-USM adalah salah satu tempat terbaik menimba ilmu dan berkongsi ilmu,
-Tugas seorang siswa-siswi bukan sahaja belajar tetapi sebarkan ilmu yang diperolehi.
-mereka mesti aktif dalam kokurikulum
-memperbanyakkan aktiviti bersama masyarakat.
-Akhir kata,siswa-siswi yang dapat peluanag melanjutkan pelajaran di USM perlulah bijak menguruskan masa agar dapat melahirkan graduan yang cemerlang seiring dengan visi dan misi USM.



Readers USM penting untuk golongan PKU 

-Penubuhan Persatuan Sukarelawan Pembaca (Readers) oleh Exco Kebajikan dan Kesejahteraan Siswa,Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUSM) 13/14 adalah bagi membantu golongan PKU (Pelajar Kelainan Upaya).
-terutama mereka yang mengalami masalah penglihatan.
-persatuan ini bergiat aktif
-bantu golongan PKU untuk membaca dan merujuk nota kuliah mereka,
-MPP Sains Kemasyarakatan, Hazwanuddin Hanifuddin,pengerusi persatuan ini
-matlamat asas ialah merekrut siswa-siswi secara sukarelawan agar bersikap cakna dan prihatin.






 Sejahtera Walk lepasi sasaran

Program Sejahtera Walk anjuran Kampus Sejahtera USM dengan Kluster Kesihatan dengan kerjasama MySihat di Padang Kawad USM berjaya mendapat perhatian siswa-siswi.

Pengarah Projek Sejahtera Walk,Mohd.Aidid Waliyuddin Remli berkata pada asalnya,mereka hanya menyasarkan seramai 300 orang sahaja untuk menyertai program ini,namun sambutan yang sangat memberansangkan daripada siswa siswi sehingga mencecah 400 orang,

"program ini ialah salah satu lagi pendedahan kepada amalan gaya hidup sihat dengan beriadah di waktu petang di samping memelihara kebersihan sekitar kampus",katanya.
Tambah beliau sebanyak 161.5 kg sampah yang terkumpul hasil program ini,

Peserta Sejahtera Walk,Muhammad Fritri Mustafa berkata bahawa program ini diketahuinya melalui Talk Kampus Sejahtera yang diadakan pada 17 September lalu mendorongnya untuk menyertai aktiviti sedemikian.Beliau menyuarakan rasa gembira menyertai program ini kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang siswa yang berbakti kepada kampus sendiri,
"ini memberi suatu kepuasan buat saya kerana semangat cintakan kampus harus disemat dalam diri setiap siswa siswi."katanya.


USM raih 2 perak dalam kejohanan Petanque IPT 2014 





No comments:

Post a Comment