JellyPages.com

Saturday, 31 January 2015

PIMPIN SISWA USM 2014


PIMPIN siswa kuatkan jati diri


Perlaksanaan Program PIMPIN Siswa berlandaskan konsep "memastikan Kelestarian Hari Esok" berasaskan lapan teras utama pembangunan model pelajar iaitu melahirkan perasaan cinta akan universiti,cinta akan negara,bersifat patriotis dan menghormati negara,mempunyai jati diri,
mempunyai daya ketahanan diri,menyemaikan sikap kerohanian serta meningkatkan keupayaan intelektual.

Menurut Penolong Pengarah Pembangunan Sahsiah dan Latihan,Mohd Jaya Mohd Johan,seramai 3,951 siswa-siswi yang telah berdaftar untuk mengikuti Program PIMPIN.

"Jumlah ini akan meningkat dari hari ke hari kerana kelewatan siswa-siswi melaporkan diri dan pengambilan siswa-siswi rayuan",tambah beliau.

Kem Komanden PIMPIN Siswa Warisan Ayahanda,Prof.Madya Dr.Rahimah A. Hamid berkata peserta akan menjalani beberapa aktiviti yang mampu meningkatkan keunggulan kepimpinan dan kerja berpasukan,belajar melalui pengalaman,mengukuhkan hubungan antara kaum dan memahami konsep kelestarian.

Program ini berdasarkan modul yang telah dirancang dengan tujuan untuk mendidik siswa-siswi agar menjadi lebih berani,kuat fizikal dan mental,serta lebih berdaya saing.




kepada lepasan matrik dan seangkatan dengannya,buatlah pilihan yang tepat.see yaa!

No comments:

Post a Comment